Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Salam adalah satu ucapan untuk mendoakan kesejahteraan dan keamanan ke atas seorang muslim yang lain. Salam adalah satu ucapan yang disyariatkan oleh Allah SWT .
Al-Quran telah memberikan arahan khusus tentang salam ini. Didalam Surat An Nuur ayat 27, Allah melarang memasuki rumah orang lain sebelum meminta izin penghuninya dan memberi salam.
Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu (selalu) ingat. Dan jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu, 'kembalilah!'. Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah an-Nuur ayat 27-28)
Asbabun Nuzul ayat 27-28.
Adi bin Tsabit r.a. menceritakan, bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang wanita Ansar yang suatu ketika mengadu kepada Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah, jika aku sendiri dirumahku dan tidak ingin dilihat orang lain, selalu saja ada lelaki datang dari keluargaku masuk kedalam rumahku. Apa tindakanku?" (Hadis Riwayat Faryabi dan Ibnu Jarir. Lihat al-Wahidi Hal 271)
Larangan memasuki rumah orang lain tanpa izin dan salam itu, telah ditegaskan lagi oleh Nabi SAW, bahawa jika sudah sampai tiga kali mengucapkan salam dan tidak dijawab oleh tuan rumah, maka kita harus meninggalkan rumah itu. Demikian pula halnya seseorang yang ingin memasuki rumahnya sendiri.
Firman Allah SWT maksudnya : “….Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya” (Surah an-Nuur ayat 61)
Rasulullah SAW memberi salam lebih dahulu bila bertemu dengan seseorang, baik yang baginda temui itu anak-anak, wanita maupun dewasa. Dalam riwayat Muttafaq’alaihi berasal dari Anas bin Malik, ia menyebutkan, ia bertemu anak-anak lalu memberi salam, kerana adalah Rasulullah SAW berbuat demikian. Dari Amma’ binti Yazid, Riawayat Abu Daud dan Tirmizi, bahawa ia dan serombongan wanita lainnya bertemu Nabi SAW lalu baginda memberi salam kepada mereka.
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata, ‘assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk.Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Hadis Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)
Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimah salam diucap terhadap sescorang muslim dengan berkata sesungguhnya kita meniatkan dan mendoakan dijiwanya mempunyai ketenangan, ketenteraman, gembira dan bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan terjalinlah perasaan persaudaraan antara satu sama lain.
Kemanisan wajah yang tersenyum manis dan keramahan yang diadunkan dengan gerak geri beradab, sopan santun bersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya kalimah salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauh sekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan umah.
Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita berhubung sahabat-sahabat kita melalui E.mail, pesanan ringkas, facebook, telefon bimbit janganlah di tulis 'salam' untuk kata-kata awal tetapi hendaklah menulis 'assalamualaikum' atau 'assalamualaikum warahmatullah' atau 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'. Walaupun kita rasa panjang sangat untuk menulisnya, tetapi biasakanlah dengan sesuatu yang sempurna, kerana perkataan 'salam' ucapan ini tidak lengkap. Sebutan 'assalamualaiku' bermakna 'sejahtera atas kamu'. Doa seperti ini perlu kita amalkan kerana ianya ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah SWT.
Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum memberikan salam itu adalah sunat dan Nabi SAW melakukan demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. Manakala hukum menjawab salam pula adalah wajib iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa.
Dan pada surat An Nisa' ayat 86 Allah SWT memerintahkan menjawab salam itu dengan sebaik-baiknya ataupun dengan sepadan dengan pemberiaan ucapan salam itu.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah an-Nisa' ayat 86)
Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya.
Dari ayat di atas Rasulullah SAW menjelaskan melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud : "Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan keatas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke atas yang besar". (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadis ini memberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaaan ketika memandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita amalkan memberi salam kepada saudara kita dimana saja kita berjumpa kerana Allah SWT akan mengampunkan dosa orang yang menucapkan salam dan menjawab salam. Sebagaimana Nabi SAW pernah bertanya pada iblis laknatullah mengenai kelebihan salam.
Apabila baginda bertanya iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata : "Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".
Oleh itu sebarkanlah salam kerana banyak fadilat dan kebaikan salam, sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).
Credit: Abu Basyer

No comments:
Post a Comment