LAHAD DATU 30 Mac – Sebanyak 26 daripada 140 rumah di
Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak
lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih
boleh didiami.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung
Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi
masih boleh diduduki.
“Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.
“Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar
di sini hari ini.
Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan
sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu
tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan. –
UTUSAN
No comments:
Post a Comment