“Saya
tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya…kami
yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang
dari 10 orang,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda
Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.
Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah
musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa
mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.
Sepanjang
insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan,
manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai
kesalahan lain.
Beliau
berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih
sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi
lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan
kumpulan pengganas.
Hamza
berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian
dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan
Tanjung Bilis dan Lok Buani.
Beliau
berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas
ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka
bersama-sama pasukan penilaian esok.
Bagi
penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25
penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar
pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya
musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.
Beliau
berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus
ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan
itu.
“Selain
itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan
keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu,” katanya.
Kredit : http://azmykelanajaya.blogspot.com
No comments:
Post a Comment