LANGKAWI 25 Mac - Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo yang
diceroboh oleh kumpulan pengganas Kiram hari ini disahkan 'bersih'
daripada ancaman pencerobohan tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin
berkata, sehubungan itu penduduk Kampung Tanjung Batu sudah dibenarkan
pulang ke rumah masing-masing pagi ini.
"Penduduk Kampung Tanduo yang sebelum ini terpaksa berpindah atas
faktor keselamatan, akan dibenarkan pulang ke rumah mereka esok,"
katanya pada sidang akhbar di atas kapal KD Seri Kelantan sempena
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2013 di
sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment