Jom Hayati Dan Fahami ...
SAJAK PEJUANGKU
BIAR KAMI MATI DI SINI
BUKIT KEPONG MENJADI TANAH KUBUR KAMI'
(PETIKAN KATA FILEM BUKIT KEPONG)
BUKIT KEPONG, LAHAD DATU MENJADI SAKSI
MENJADI SAKSI GUGURNYA JASAD PEJUANG PERTIWI
MENJADI BUKTI BERJUANG TANPA RASA GENTAR DIHATI
SEMANGAT JUANG YANG KENTAL DI SANUBARI
MENJADI IKHTIBAR DAN SEJARAH HARI INI
PEJUANGKU,
TATKALA AKU TIDUR NYENYAK BERALASKAN TILAM DAN BANTAL YANG EMPUK
DIKAU HANYA SEKADAR TIDUR-TIDUR AYAM BERALASKAN AKAR-AKAR KAYU
TATKALA AKU MENJAMU SELERA DENGAN PELBAGAI JUADAH YANG LAZAT
DIKAU HANYA MENJAMAH SEKEPING ROTI PENERUS KUDRAT
TATKALA ,MALAMKU DITERANGI LAMPU-LAMPUAN
DIKAU HANYA DITEMANI SINAR CAHAYA REMBULAN
TATKALA ANGGOTA TUBUHKU SEMPURNA CUKUP SIFAT
DIKAU CACAT TANPA RASA KESAL
LIHATLAH PEJUANGKU
LIHATLAH PEJUANGKU INI
LIHATLAH RIAK WAJAHNYA
LIHATLAH ANGGOTA TANGANNYA
LIHATLAH SEPASANG KAKINYA
ADAKAH KITA RASA KEPERITANNYA?
ADAKAH KITA RASA KESAKITANNYA?
ADAKAH INI SEMUA SANDIWARANYA?
ADAKAH MEREKA INI ORANG-ORANG YANG HINA?
KEPADA PEJUANG –PEJUANG YANG TELAH GUGUR
BAGAIMANAKAH NASIB KELUARGAMU?
BAGAIMANAKAH NASIB ISTERIMU?
BAGAIMANAKAH NASIB ANAK-ANAKMU?
TIDAK BERSUAMI……………!!
TIDAK BERAYAH……………..!!
ADAKAH KITA SEMUA MERASAKANNYA?
NAMUN PEJUANGKU TIDAK PERNAH KENAL ERTI SESAL
PEJUANGKU TIDAK PERNAH MERINTIH
SEMATA-MATA UNTUK MEMBELA KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN PERTIWI
HARI INI PEJUANGKU DIHERDIK!
HARI INI PEJUANGKU DISINDIR!
DEK KERANA KEPENTINGAN POLITIK YANG JIJIK!
JIJIK! SUNGGUH JIJIK!!
AYUH BANGSAKU, AYUH ABANGKU, AYUH KAKAKKU, AYUH ADIK-ADIKKU
BANGKITLAH…………….BANGKITLAH !!!!
MASANYA TELAH TIBA
KITA BERJUANG BERMATI-MATIAN BERSAMA PEJUANGKU
KITA TUMBANGKAN MUSUH JAHANAM
KITA SINGKIRKAN POLITIKUS DURJANA
KITA HALAU KELUAR SEMUA PETUALANG
AGAR KEAMANAN DAN PERPADUAN
TERUS TERPELIHARA
AYUH SEMUA HADIRIN KITA BERDIRI
DAN KITA BERIKAN SATU TABIK HORMAT KEPADA PEJUANG YANG TELAH PERGI
HIDUP PEJUANG !!!
HIDUP PEJUANG !!!
HIDUP PEJUANG !!!
DIDEKLAMASIKAN DAN DIKARANG KHAS OLEH : MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM (KETUA PENERANGAN PERKASA PAHANG)
DI MAJLIS RAMAH MESRA VETERAN POLIS KUANTAN BERSAMA YAB MENTERI BESAR PAHANG, DATO SERI DIRAJA HJ ADNAN BIN HJ YAAKOB
SEMPENA MENYAMBUT HARI POLIS KE 206 DAN MEMPERINGATI PEJUANG-PEJUANG YANG TELAH GUGUR DALAM PERISTIWA DI LAHAD DATU DAN BUKIT KEPONG.'
Psssstttt... Teruja Ngan Sajak Ni, So Aku Nak Kongsikan Ngan Korunk... Tahniah Kepada Penulisnya N Jika korunk Nak Mengenali Beliau Ngan Lebih Terperinci Bolehlah Melayari Blog Beliau Seperti Yg Tertera Di bawah ...
Kredit :http://muhammadfaizhashim.blogspot.com/ <== blog penulis sajak di atas
No comments:
Post a Comment