25 March 2013

Hot - Teman Wanita @ Kekasih Buat Lelaki Tak Siuman




cara-lupakan-bekas-teman-wanita
Bermacam cara telah anda lakukan, menangis (tak malu), merintih, sibukkan diri, berfoya-foya, mengembara, bersukan, dan botakkan kepala, namun ingatan terhadap bekas teman wanita semakin kuat dan menyiksakan. Bukan tiada pengganti, tetapi jika fikiran asyik dibanyangidirinya, bagaimana ingin menumpukan perhatian terhadap teman baru.

Ikuti 10 langkah di bawah agar minda anda bersih daripada sisa-sisa kenangan terhadap bekas kekasih, dan ulakan hari yang lebih bermakna dengan calon pengganti.

1.    Terima kenyataan : dia telah pergi

Biasanya orang yang ditinggalkan akan meletakkan harapan yang dia akan kembali. Harapan sebegini menjadikan langkah pertama ini amat sukar dilaksanakan. Anda juga akan lebih terkongkong dengan kehidupan silam. Lebih cepat anda dapat menerima hakikat yang dia tidak akan kembali, lebih pantas ingatan terhadapatnya akan hilang. (Tips: fikirkan sahaja dia telah meninggal dunia dan doakan rohnya tenang dan tidak mengganggu anda lagi)

2.    Kosongkan kepala

Maksudnya, kosongkan  dari segala kemarahan, kekecewaan, dan segala perasaan yang pernah terpupuk sewaktu hubungan anda bersamanya. Jika tidak dikosongkan, ianya akan terbawa-bawa ke dalam perhubungan baru anda. Tersilap langkah kekasih baru menjadi mangsa kemarahan anda terhadap bekas kekasih.

3.    Belajar dari kesilapan

Setelah Berjaya menyingkirkan perasaan negative yang wujud akibat perpisahan, hubungan silam akan anda anggap sebagai salah satu pengalaman dan pengajaran berharga. Kaji segala kesilapan untuk dijadikan sempadan bagi perhubungan seterusnya.

4.    Luahkan perasaan

Walaupun tidak sepatutnya anda bercerita mengenai kisah silam kepada orang yang belum anda kenali secara rapat, namun jika diceritakan secara teratur ia dapat menghilangkan beban yang ditanggung. Sekurang-kurangnya, teman baru anda akan lebih memahami situasi yang sedang anda hadapi. Tetapi harus diingat, jangan terlalu beremosi sehingga anda menakutkannya. Dia mungkin menganggap anda terlalu mencintai bekas kekasih dan dirinya hanyalah sebagai akar penganti rotan.

5.    Putuskan segala komunikasi

Telefon, SMS, e-mel, surat, hatta isyarat asap sekalipun patut diputuskan. Pastikan tidak wujud lagi sebarang cara untuk anda berkomunikasi dengannya. Kebanyakkan wanita tidak akan melepaskan seorang lelaki sepenuhnya.

6.    Pelupusan kenangan

Ya! Surat-surat, kad ucapan, gambar dan lukisan berkaitan dirinya perlu dihapuskan. Jika saying kerana harganya mahal, cuba jual di kedai lelong atau simpan sahaja di dalam stor. Mula kumpulkan kenangan bersama kekasih baru pula. Kali ini pastikan ianya tidak melibatkan kos yang tinggi agar mudah dibuang jika putus hubungan juga.

7.    Tempat baru

Jika dahulu kekasih anda gemar makan di McDonald, terpaksalah anda melupakan Big Mac kegemaran anda. Bawa kekasih baru ke tempat yang lebih menarik dan ceria. Dulu burger, sekarang mungkin roti nan kejuatau roti salad. (cadangan: roti nan keju SS2,PJ – gebu dan padat)

8.    Kenalkan kepada keluarga

Jika dia sanggup jumpa bertemu keluarga anda, peluang untuk kekal bersamanya lebih cerah. Ia adalah jaminan kepada sebuah ikatan . sokongan keluarga penting bagi mengukuhkan hubungan anda dan anda akan menjadi lebih ceria dengannya. Kekasih lama? Pasti akan luput begitu sahaja.

9.    Tiada perbandingan

Jangan sesekali membanding-bandingkan kekasih baru dengan yang lama. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Daripada anda membuang masa memikirkan perbezaan antara mereka, lebih baik masa tersebut digunakan untuk merancang masa depan bersama kekasih baru.

10.    Hargai dirinya

Anggap dirinya sebagai intan permata yang anda perolehi setelah puas bergelumang dengan kaca tak ternilai. Mungkin jodoh anda telah ditakdirkan dengan kekasih baru dan bekas kekasih anda hanyalah eksperimen. Cari keunikan kekasih baru anda yang menjadikan dirinya istimewa berbanding orang lain. Semakin tebal kasih saying anda, semakin mudah untuk melupakan kekecewaan lama.
 
Kredit: jeringdaily

No comments: