Mendengarkan ramai warga Malaysia berpusu2 ke Bandung Indonesia untuk shopping, kerana disana dikatakan banyak barang murah .... Dalam diam Pak Pandir pun senyap2 berhajat nak ke Bandung tanpa memberitahu Mak Andeh ..... Bukan apa, dalam hati Pak Pandir berkata, manalah tahu kalau2 aku bolih buka cawangan kedua disana nanti .... dengar khabar cewek2 Menado & Sunda disana maut2 belaka ....
Untuk projek rahsia itu, maka Pak Pandir pun terlebih dahulu harus membuat passport antarabangsa. Masalah problemnya, Pak Pandir tak ada gambar berukuran passport pulak ....
Ke esokkan harinya, Pak Pandir baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport antarabangsa untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Pak Pandir naik ... Disebabkan bas itu penuh sesak, Pak Pandir mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Pak Pandir terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Pak Pandir tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang wanita,
Pak Pandir berkata ....
Pak Pandir: "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."
PANG!!!!
Sumber :VAT69-perjuangan semalam
No comments:
Post a Comment