Satu
pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan
lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15
pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang
lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan.
Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat
pengganas tersebut.
Tembakan
dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri
ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut
dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.
Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.
Semalam,
pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama
Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut
dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram
dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.
Saki-baki
lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat
terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas
komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah
Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam'
daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN
BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan
yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.
Di
Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk
mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada
senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi
badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita
yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali
yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri
raja.
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment